"Selamat Hari Jadi Wahai Pegawai Kadet"
That is the best welcome to me. Genap 23rd April 2004 pukul 8pagi..1st time aku melangkahkan kaki ke dalam ATMA (Akademi Tentera Malaysia).
Perasaan bercampur aduk dan sedikit ragu-ragu pon ade dalam menentukan hala tuju sebenar masa depanku. Hurmm..ak kuatkan juga prinsip hidupku dan berfikiran positif serta menyatakan kepada diriku.."Inilah takdirku menjadi seorang pegawai kadet, Inilah takdirku"
2 minggu sebelum aku menjejakkan kaki di ATMA, iaitu setelah lulus menghadiri temuduga bagi kemasukan ke ATMA, aku ditegur abangku kerana lebih bersikap menyendiri. Fenomena DILEMA telah muncul dalam diriku. Adakah menjadi tentera tujuan sebenarku? Tidak!! jawapanku..aku mahu mengejar impian sebagai seorang Jurutera didalam organisasi tentera. Itulah cita-cita yang aku perlu tanam sampai aku berjaya menamatkan pengajian di ATMA.
23rd April 2004, ibuku bersama abangku juga seorang jurutera telah menghantar aku ke ATMA, sejak dari itu aku hidupku berubah. Tanda sedih dan campur gembira sedikit pun tidak ku tonjolkan, namun ibuku tahu yang tujuan sebenarku memilih ATMA kerana ingin mengurangkan beban keluarga. Mungkin itulah pengorbananku terhadap keluarga, namun jika dibandingkan pengorbanan ibuku selama ini tidak mungkin dapatku balas melainkan menjadi anak yang taat dan soleh kepadanya serta berjaya dalam hidup. Itulah satu-satunya harapan ibu kepadaku.
Tatkala ini 23 April 2009, genap 5 tahun aku di ATMA, pukul 8 pagi aku bersiap-siap memenuhkan ilmu di dada bagi menghadiri FINAL EXAM bagi subjek Advanced Construction Technology di Dewan Pendekar. Segalanya berubah, kalau 5 tahun lalu inilah kali pertama aku menjejakkan kaki disini tapi sekarang aku menghadiri Final Exam bagi Final Year semester kedua bagi melayakkan aku keluar dari ATMA dengan kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan ditauliahkan sebagai Kapten didalam Angkatan Tentera Malaysia. Ameen insyaAllah.
Mungkin sukar untuk aku menoktahkan isi hatiku disini, namun masa mencemburui aku. Aku perlu belajar dan menyiapkan slide persentation utk PSM ku.
lenkali klu aku ade masa aku post lagi ea..=)
terima kasih kepada pembaca.
*note: ATMA = UPNM..cuma nye ATMA degree from UTM..UPNM by itself Degree.